Booking.com

Sunday, February 22, 2015

Jalan-jalan Lempar Makanan


Zaman awal2 bekerja, breakfast jarang skali. Biasanya akan brunch, heavy brunch, bleh tahan sampai malam. Kadang2 terfikir, takda ka orang yang mai kata, Mat aku nak belanja hang breakfast. Jarang la kut nak berlaku, lagi2 time tu ramai kawan2 baru start keja, income pun masih ciput. Sekarang dah ada rezeki lebih, bleh breakfast, lunch and dinner.

Setiap pagi time weekend, org rumah tak masak, so naik motor ngan Ali gi breakfast kat luar. Nasi lemak halus mulus, terbaik kat Kampung Datuk Senu dan roti canai garing simpang. Harga pun murah, nasi lemak dan paru cuma RM3. Dan setiap pagi ank gi breakfast akab kelihatan abang2 contractor DBKL dah mula bekerja walaupun hari ini adalah hari Ahad.

Bila atas motor, Ali akan tanya, papa, orang tu dah makan ke? Saya pun taktau orang DBKL tu dah makan atau belum. Tapi dari riak orang DBKL nampak penat, berpeluh lencun, mungkin mula bekerja seawal Subuh.

Dah abis sarapan, Ali kata nak bungkus roti canai extra. Nasib baik duit dlm poket Kindness masih tebal, Ali pun belilah 5 set roti canai dengan teh tarik bungkus. Setiap set ada dua keping roti canai dengan kuah dal dan kuah sambal ikan bilis. Masa nak bayar, anak tokey roti canai kata, beli untuk staf ya? Saya pun senyum dan angguk je lah kat adik manis tu. Err, ehh dah terpesong plak jalan cerita :p

Dah siap roti canai dan teh tarik, saya dan Ali pergi memburu, cari pekerja2 yang rajin, memastikan ibu kota Kuala Lumpur ini sentiasa bersih. Tadi nampak orang DBKL kat tepi jalan, duk sodok longkang, sekarang dah takda. Kena carik, pusing dan pusing area Bandar Baru Sentul nih, nampak 3 orang DBKL duk bawah pokok, dengan batang penyapu lidi panjang dan penyodok, duk minum air kosong dalam botol recycle. Ali pun bagi roti canai dan teh tarik. Jemput makan breakfast pagi ni kata Ali pada diorang. Dia balas terima kasih, dan bagi salam Assalamualaikum. Happy rasanya bila dia bagi salam sebab dia balas dengan mendoakan kesejahteraan kami. Ali terus wat gaya robot ala transformers tanda gembira juga. Baki lagi 2 pek roti canai Ali bagi kat "polis". Ali panggil security kat flat kami duk tu polis. Then kami terus pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

The end!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...